Launch of Little Steps @ Northwest to benefit KidSTART families

Program ‘Little Steps’ CDC North West kurangi beban keluarga

SINGAPORE – Vulnerable families with young children in places such as Sembawang and Marsiling will receive more support to cope with daily expenses under a new North West Community Development Council (CDC) initiative.

Dubbed Little Steps @ North West, it will provide more than 650 children in the district with $500 each annually.

Beneficiaries will comprise children aged six and below who are supported by early childhood programme KidStart. Led by the Early Childhood Development Agency, KidStart assists in the development of children from lower-income families up to age six.

The money will be disbursed into the bank accounts of their parents or caregivers.

Little Steps @ North West is expected to run for at least five years and will tap the $2 million – comprising $1 million from donors and another $1 million from the CDC – raised during a campaign in 2021.

Speaking at an event marking the launch of the scheme at the Singapore Zoo on Saturday, North West District Mayor Alex Yam said those eligible can expect to get the grant by end-March.

Deputy Prime Minister and Finance Minister Lawrence Wong, who attended the event, said the scheme will help families defray daily expenses and allow them to focus on the development of their children.

“We hope this gesture will provide some immediate relief for our families, especially during this period of heightened inflation,” added DPM Wong, who is also an MP for Marsiling-Yew Tee GRC.

Among the beneficiaries is Ms Shalini Devi Manisagram, 37, whose two youngest children, aged three and six, will each get $500.

The housewife, a former infant care teacher who also took on part-time work as a nanny, stopped working to take care of her young children.

Her husband, 38, recently left his operations officer job of nine years to take a crawler crane operation course in the hope of getting better pay in a new line of work.

The couple have two other children, aged nine and 10.

The additional $1,000 will go towards monthly payments for their flat while her husband looks for a new job, said Ms Shalini.

“It really means a lot to us,” she added.

Mr Yam said that while an additional $500 will not solve all the problems faced by the beneficiaries, it is quite a significant amount, given the high costs associated with raising young children.

“This is a small way to address some of the rising cost-of-living issues that they are facing and give them greater peace of mind,” he told reporters, adding that the CDC will consider expanding the programme and raising funds to support it beyond the five-year mark.


This article was originally featured in The Straits Times, published Jan 14, 2023.

https://www.straitstimes.com/singapore/community/new-scheme-to-provide-needy-children-in-north-west-district-with-500-a-year

西北社理会为区内弱势孩童提供每年500元现金辅助

(早报讯)西北社区发展理事会推出新的援助项目,为西北社区超过650名弱势家庭的儿童,提供每年500元的现金补助。这项计划预计会持续至少五年,总金额200万元。

通过名为“小足印儿童照耀前途”(Little Steps @ North West,简称小足印计划)的计划,西北社理会将把500元补助金,直接存入受益儿童父母或看护者的银行户头。

也是马西岭—油池集选区议员的副总理兼财政部长黄循财,星期六(1月14日)出席于新加坡夜间动物园举行的推介仪式时说,在这个通货膨胀高涨的时期,小足印计划能起很大的帮助。政府会竭尽所能助新加坡人减缓通胀带来的冲击,但社区也可以尽一分力。

他说,在政府加大社会援助的同时,也应该继续鼓励社区自发的项目,而不是扼杀它们。这样才能强化基层社区网络,让它能持续下去。

居住在西北社区,并获得幼儿培育辅助计划(KidSTART)帮助的儿童,都能自动获得现金补助,无须另外提出申请。

推出小足印计划所需的资金,来自于西北社理会在2021年,通过“西北一起行”义走活动筹得的200万元款项。

西北社区涵盖马西岭—油池集选区、义顺集选区、三巴旺集选区、荷兰—武吉知马集选区和武吉班让区。


This article was originally featured in Lianhe Zaobao, published Jan 14, 2023

西北社理会为区内弱势孩童提供每年500元现金辅助 | 早报 (zaobao.com.sg)

西北社理会推出新援助计划 助650个弱势儿童

西北社区发展理事会推出一项新的援助计划,为西北社区超过650名弱势家庭的儿童,提供每年500元的现金补助,协助降低年轻家庭的日常开支。

我国正逢通货膨胀,对于弱势家庭而言尤为艰难。为了减缓通胀带来的冲击,以及让家长专注于幼子的发展,北社理会今天推出“小足印儿童照耀前途”的计划。

这项名为“小足印儿童照耀前途”的计划预计会持续至少五年,总金额达200万元。西北社理会今天在新加坡夜间动物园为这项计划举行推介仪式。

副总理黄循财说:“政府将竭尽所能帮助国人缓冲物价上涨的影响,但社区也可以尽一分力,所以并非单方的责任,而是双方一起努力。”

凡是居住在西北社区并育有六岁以下幼童的家庭将有资格在这项计划下领取补助金。

马西岭-油池集选区议员、西北区市长任梓铭说:“经过居民们和基层组织的反馈,我们了解到尤其年幼的儿童是需要更多帮助的,因为这些家庭受到经济上的压力,所以我们就成立小足印儿童照耀前途计划来帮助他们。”

符合条件的家庭将自动加入这项计划。西北社理会接下来将连同政府,通过各种管道了解这项计划的可行性。


This article was originally featured in 8world.com, published Jan 14, 2023

西北社理会推出新援助计划 助650个弱势儿童 – 8world

வடமேற்கு மாவட்ட சிறாருக்கு ஆண்டுக்கு $500: புதிய திட்டம்

செம்பவாங், மார்சிலிங் போன்ற பகுதிகளில் வசிக்கின்ற, சிறார்களுடன் கூடிய வசதி குறைந்த குடும்பங்களுக்கு மேலும் ஆதரவு கிடைக்கவிருக்கிறது.

வடமேற்கு சமூக மேம்பாட்டு மன்றத்தின் ஒரு புதிய திட்டத்தின்கீழ், அந்த மாவட்டத்தில் வசிக்கும் 600க்கும் மேற்பட்ட பிள்ளைகளுக்கு ஆண்டுதோறும் $500 கொடுக்கப்படும்.

‘வடமேற்கில் சிறிய முயற்சிகள்’ என்ற அந்தத் திட்டத்தின் படி, ஆறு வயதும் அதற்கும் குறைந்த வயது உள்ள சிறார்களுடன் கூடிய குடும்பங்கள் நன்மை பெறும்.

சிறாரின் பெற்றோர் அல்லது பராமரிப்பாளரின் வங்கிக் கணக்கில் அந்தப் பணம் போடப்படும். இத்திட்டம் குறைந்தபட்சம் ஐந்தாண்டு நடப்பில் இருக்கு மென எதிர்பார்க்கப்படுகிறது.

இதற்கு ஆகும் $2 மில்லியன் செலவில் பாதி நன்கொடையாளர்களிடம் இருந்து பெறப்பட்டது. மீதி 2021ல் இந்த மன்றம் திரட்டிய தொகையாகும்.

புதிய திட்ட தொடக்க நிகழ்ச்சி நேற்று சிங்கப்பூர் விலங்கியல் தோட்டத்தில் நடந்தது. அதில் கலந்து கொண்ட துணைப் பிரதமரும் நிதி அமைச்சருமான லாரன்ஸ் வோங், அந்தத் தொகையைக் கொண்டு குடும்பங்கள் அன்றாட செலவுகளை ஓரளவுக்கு ஈடுசெய்யலாம் என்றார்.

அதனால் தங்கள் பிள்ளைகளின் மேம்பாட்டில் குடும்பங்கள் ஒருமித்த கவனம் செலுத்த முடியும் என்றும் அவர் கூறினார்.


This article was originally featured in Tamil Murasu , published Jan 15, 2023

வடமேற்கு மாவட்ட சிறாருக்கு ஆண்டுக்கு $500: புதிய திட்டம், சிங்க‌ப்பூர் செய்திகள் – தமிழ் முரசு Singapore news in Tamil, Tamil Murasu

Masyarakat berperanan bantu golongan memerlukan: DPM Wong

Program Little Steps @ North West dilancar, sediakan bantuan kewangan tambahan bagi keluarga KidSTART

WALAUPUN pemerintah melakukan segala yang termampu untuk membantu warga Singapura mengurangkan kesan kos sara hidup yang lebih tinggi, terdapat juga ruang untuk warga memain peranan masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong

Menambah, Encik Wong berkata usaha dan kerjasama sedemikian – antara pemerintah, individu dan pertubuhan – adalah satu cara untuk memupuk masyarakat yang benar-benar inklusif.

Ini berlaku apabila pemerintahnya aktif menyokong mereka yang memerlukan bantuan dan ini dilakukan selaras dengan usaha rangkaian individu dan pertubuhan yang mendukung peranan aktif memperkukuh kompak sosial Singapura, kata Encik Wong.

“Semangat persaudaraan ini adalah sesuatu yang harus kita perjuangkan di Singapura.

“Ini bermakna kita harus terus menggalakkan inisiatif di peringkat akar umbi dan tidak mengabaikannya apabila pemerintah meningkatkan sokongan sosialnya.

“Kita juga harus mengukuhkan rangkaian sosial dalam masyarakat supaya mereka benar-benar berdikari,” kata Encik Wong.

Encik Wong berkata demikian semalam, semasa berucap di majlis pelancaran program bantuan baru bagi keluarga berkemampuan rendah yang tinggal di kawasan barat daya Singapura.

Program itu, yang dinamakan Little Steps @ North West dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West (CDC) dan bertujuan memberikan sokongan kewangan tambahan kepada kanak-kanak dan keluarga yang berdaftar dalam program KidSTART.

Lebih 650 kanak-kanak yang menyertai program KidSTART – program yang menyokong pembangunan awal kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah – boleh menerima wang tunai $500 setahun menerusi program Little Steps @ NorthWest.

Wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun bank ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.

Menurut CDC NorthWest, program itu dijangka dijalankan selama sekurang-kurangnya lima tahun dan ditampung menggunakan dana $2 juta yang dikumpulkan menerusi Dana Rising Hope CDC NorthWest.

“Saya berharap kerja baik yang dilakukan oleh CDC North West akan berjaya menyediakan contoh teladan kepada organisasi masyarakat lain untuk melakukan bahagian mereka dan bekerjasama dengan pemerintah, supaya bersama-sama kita dapat menyokong keluarga berpendapatan rendah di Singapura,” kata Encik Wong.

Turut menghadiri acara pelancaran di Night Safari semalam ialah Mayor CDC North West, Encik Alex Yam, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee; AP GRC Holland-Bukit Timah, Encik Edward Chia; AP GRC Nee Soon, Encik Derrick Goh; AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar; dan AP GRC Marsiling-Yew Tee, Cik Hany Soh.

Melahirkan rasa gembira menerima sokongan yang luar biasa daripada badan korporat dan juga individu dalam masyarakat, Encik Yam berkata:

“Kami mempunyai ramai penderma korporat dan penderma individu yang murah hati dan menghubungi kami kerana ingin menyumbang kepada masyarakat.

“Sumbangan mereka akan terus menyokong program ini selama lima tahun.”

Menurut Encik Yam, beliau yakin penyokong program itu, dan anggota masyarakat lain akan tampil memberi sokongan jika jumlah benefisiari bertambah pada masa depan dan sokongan tambahan di perlukan.

“Semangat persaudaraan ini adalah sesuatu yang harus kita pegang di Singapura.Ini bermakna kita harus terus menggalakkan inisiatif asas dan tidak memadamkannya apabila pemerintah meningkatkan sokongan sosialnya.”– Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

PROGRAM LITTLE STEPS @ NORTH WEST

APA ITU LITTLE STEPS @ NORTH WEST?

■ Little Steps @ North West menyediakan sokongan kewangan kepada keluarga pendapatan rendah dengan anak kecil (sehingga 6 tahun) yang juga berdaftar dengan program KidSTART Singapore (SG). Wang tunai yang diberikan bertujuan membantu melegakan tekanan keluarga dari segi perbelanjaan harian, membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan terhadap perkembangan holistik anak mereka.

■ Mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan $500 setahun, yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank ibu bapa atau penjaga.

SIAPA LAYAK UNTUK PROGRAM INI?

■ Keluarga yang mempunyai anak kecil sehingga enam tahun, yang mendaftar di bawah KidSTART SG, dan tinggal di kawasan barat daya boleh menyertai program ini.

BAGAIMANA CARA KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH YANG BUKAN DI BAWAH PROGRAM KIDSTART MENDAFTAR BAGI LITTLE STEPS @ NORTH WEST?

■ Keluarga yang layak boleh mendaftarkan anak mereka yang berumur sehingga enam tahun dengan mengisi borang rujukan KidSTART di https://go.gov.sg/kidstartreferral, atau dengan melungsuri https://kidstart.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang KidSTART.

■ Bagi keluarga yang tidak memenuhi kriteria kelayakan pula, mereka boleh meneroka skim bantuan lain di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), atau CDC North West.


This article was originally featured in Berita Harian, published Jan 15, 2023

https://www.beritaharian.sg/setempat/masyarakat-berperanan-bantu-golongan-memerlukan-dpm-wong

Lebih 650 kanak-kanak di CDC Barat Laut terima bantuan tahunan baru S$500

DPM Wong: Program sokong usaha KidSTART pastikan kanak-kanak dapat permulaan baik

IBU empat anak, Cik Mis Eriana Isa, kehilangan kerja di sebuah pusat pengayaan kanak-kanak baru-baru ini apabila syarikatnya memberhentikan pekerja untuk menjalani penstrukturan semula.

Berdepan dengan kos sara hidup yang bertambah, keadaan itu menambah tekanan kewangan yang dirasai oleh keluarganya yang pada masa ini hanya bergantung kepada gaji suaminya sebagai pencari nafkah tunggal keluarga.

Justeru, Cik Eriana, yang anak-anaknya berusia antara satu tahun dengan sembilan tahun, berkata sebarang bantuan kewangan yang diterima keluarganya, amat dihargai, terutama jika ia dapat membantunya memberi tumpuan kepada pembelajaran anak-anaknya.

Semalam, satu lagi bantuan muncul yang boleh melegakan keresahan yang dirasai oleh Cik Eriana.

Anak bongsunya, Elfyrah Nur Balqis Mohammad Khairul, yang berusia setahun, antara lebih 650 kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan barat daya Singapura, seperti di Marsiling dan Sembawang, yang kini disertakan dalam program baru oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West.

Dinamakan Little Steps @ North West, program tersebut bertujuan menyediakan bantuan tambahan kepada kanak-kanak di bawah umur enam tahun yang telah pun disokong oleh program KidSTART Singapura.

Setiap kanak-kanak bakal menerima $500 setahun sehingga kanak-kanak itu menjangkau usia lima tahun.

Wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun bank ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang layak, kata CDC North West dalam kenyataannya.

Mereka yang layak boleh menerima wang itu pada penghujung Mac.

Ia menjangka program itu dijalankan sekurang-kurangnya lima tahun, menggunakan dana $2 juta yang dikumpulkan dari Dana Rising Hope CDC North West.

“Bantuan wang tunai tambahan ini akan membantu mengurangkan tekanan ke atas keluarga dalam membiayai kos harian, dan diharap membolehkan mereka memberi tumpuan kepada pembangunan anak-anak,” kata kenyataan itu.

Bercakap kepada keluarga yang menghadiri acara pelancaran program tersebut di Night Safari semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong berkata satu keutamaan bagi pemerintah adalah memastikan kanak-kanak mendapat permulaan yang terbaik dalam hidup.

Namun, pemerintah tidak boleh bertindak sendirian dan memerlukan kerjasama rapat dengan pertubuhan masyarakat dan pihak berkepentingan lain, kata beliau.

Menambah, Encik Wong berkata, satu contoh adalah program KidSTART yang telah menyokong lebih 4,000 kanak-kanak sejak ia dimulakan beberapa tahun lalu dan kini sedang diperluaskan untuk menyokong lebih banyak keluarga.

Justeru, Little Steps @ North West menambah kepada usaha itu dan mencerminkan bagaimana pertubuhan di peringkat masyarakat boleh memain peranan menghulur bantuan, ujar beliau.

“Kami berharap pemberian ini akan memberikan bantuan serta-merat kepada keluarga-keluarga,” kata Encik Wong, yang berkata program itu diharap amat membantu, terutama dalam tempoh kadar inflasi yang lebih tinggi ini.

Mengulas tentang sokongan tambahan yang diberikan, Cik Eriana berkata ia dapat membantu keluarganya untuk mengurangkan beban kewangan, sementara beliau mencari pekerjaan baru.

Anak bongsunya, Elfyrah mempunyai ekzema, yang membuat lebih sensitif kepada makanan dan memerlukan susu tepung yang tertentu, kata Cik Eriana, yang membelanjakan lebih $200 sebulan untuk membeli susu tepung.

“Buat masa ini, keperluan kami sekeluarga harus ditanggung oleh suami saya seorang,” kata Cik Eriana. Suami beliau seorang pekerja penghantaran.

“Kini kami perlu lebih berjimat dan mengurangkan perbelanjaan, tetapi sekurang-kurangnya, saya harap pembelajaran anak-anak tidak terlalu terganggu.


This article was originally featured in Berita Harian, published Jan 15, 2023

Program ‘little Steps’ Cdc North West Kurangi Beban Keluarga, Berita Setempat – Beritaharian.sg

Program ‘Little Steps’ CDC North West kurangi beban keluarga

Lebih 650 kanak-kanak dari CDC Barat Laut akan mendapat bantuan tahunan S$500 setiap seorang di bawah satu skim bantuan baru.

SINGAPURA: Lebih 650 kanak-kanak dari CDC Barat Laut akan mendapat bantuan tahunan S$500 setiap seorang di bawah satu skim bantuan baru.

Skim itu membantu keluarga-keluarga yang mempunyai anak kecil dengan setiap kanak-kanak akan mendapat geran tunai selama sekurang-kurangnya lima tahun. 

Skim bantuan ‘Little Steps’ itu bertujuan membiayai perbelanjaan harian keluarga-keluarga berkenaan agar dapat menumpukan perhatian kepada pembangunan anak mereka.

“Kami akan membeli susu tepung, lampin, dan lain-lain. Kerana (harga) susu tepung sekarang sudah meningkat dengan agak banyak, sekitar 40 hingga 50 peratus. Jadi kami akan menggunakan ini untuk membeli susu tepung,” kata penerima KidSTART Singapore, Seah Jia Ming.

“Lebih-lebih lagi dengan kenaikan GST dan semua itu. Dan sebagai satu keluarga yang besar, kami juga perlu memastikan yang mereka punya makanan yang mencukupi dan kami juga membayar bil tepat pada masanya jadi kami tidak perlu bayar caj bagi bayaran lewat, terutamanya membayar bil,” kata seorang lagi penerima KidSTART Singapore, Shalini Devi. 

Geran itu akan diagihkan kepada keluarga-keluarga dengan anak berusia hingga enam tahun, yang menyertai program KidStart SG dan menetap di CDC Barat Laut.

Ia memanfaatkan dana yang dikumpul semasa kempen pungutan dana CDC Barat Laut yang bertujuan untuk membantu penduduk kurang berkemampuan.

Kempen itu dilancarkan dua tahun lalu dan berjaya mengumpul S$2 juta dalam tempoh tujuh minggu. 

Berucap di majlis pelancaran skim itu pada Sabtu (14 Jan), Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata bayaran itu boleh menyediakan bantuan segera, lebih-lebih lagi semasa tempoh kadar inflasi yang lebih tinggi ini. 

Beliau memberi jaminan bahawa pihak pemerintah sedang melakukan yang terbaik untuk membantu rakyat tempatan menangani kesan kenaikan harga barangan. 

Namun, penduduk juga boleh memainkan peranan. 

“Semangat saling membantu dan menjalin persahabatan adalah sesuatu yang kita sentiasa pegang di Singapura. 

“Ini bermakna kita perlu terus menyokong inisiatif akar umbi dan bukan mengetepikannya sedang pihak pemerintah meningkatkan lagi sokongan sosialnya. Kita perlu mengukuhkan rangkaian sosial di lapangan supaya mereka benar-benar boleh berdikari. 

“Dan menjadi sebuah masyarakat yang benar-benar inklusif – di mana pemerintah giat menyokong mereka yang memerlukan bantuan, tetapi kami juga mempunyai rangkaian individu dan organisasi yang giat memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi kompak sosial,” kata Encik Wong.

Keluarga-keluarga yang layak akan disertakan secara automatik ke dalam program itu.

CDC Barat Laut juga berhasrat untuk melanjutkan geran itu selepas tempoh lima tahun.


This article was originally featured in Berita.Mediacorp.sg, published Jan 14, 2023

Lebih 650 kanak-kanak di CDC Barat Laut terima bantuan tahunan baru S$500 (mediacorp.sg)