Back to Newsroom The KidSTART service model will be refined to have a positive impact By KidSTART Singapore February 13, 2024 Share Model khidmat KidSTART akan diperhalusi agar berimpak positif <strong>Model khidmat KidSTART akan diperhalusi agar berimpak positif</strong> Model khidmat KidSTART akan diperhalusi agar berimpak positif Dalam ucapan di majlis pertemuan atau Townhall dengan rakan kongsi program KidSTART baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KidSTART Singapore, Cik Rahayu Buang, menyatakan program tersebut telah berkembang pesat dan akan diperluas ke seluruh negaraberdasarkan model perkhidmatan baru. Namun, ia akan bekerjasama dengan rakan kongsi bagi memperhalusi model perkhidmatannya demi meningkatkan keberkesanan. Berikut ialah ucapan penuh beliau. “Pertemuan ini adalah peluang untuk semua rakan kongsi yang terlibat dalam program KidSTART berkumpul, mendapatkan maklumat terkini program berkenaan, menjalin rangkaian dengan rakan kongsi, dan untuk meraikan pencapaian penting. Bersama kita hari ini adalah wakil daripada 12 agensi yang melaksanakan program KidSTART, wakil daripada 11 rakan kongsi korporat, 32 pusat khidmat keluarga, 18 pejabat perkhidmatan sosial dan rakan-rakan daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga(MSF); Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda); Kementerian Kesihatan (MOH), Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), Lembaga Pengarah Tote dan Yayasan Temasek, yang kesemuanya telah bermurah hati dan menyokong perjalanan KidSTART. Pencapaian PentingProgram KidSTART telah melalui beberapa peringkat pembangunan. Ia pertama kali dicadangkan dan dikonsepkan pada 2016 dan diuji melibatkan 1,000 kanak-kanak berusia lebih tiga tahun. Kami membentuk tiga komponen program KidSTART – program lawatan ke rumah, Kumpulan KidSTART dan peningkatan sokongan kepada Prasekolah. Projek perintis pertama itu telah mengajar kami beberapa pelajaran penting yang kami bawa hari ini. Membina hubungan dan kepercayaan dengan keluarga adalah peranan pertama dan paling kritikal untuk pengamal KidSTART. Hanya apabila kepercayaan terjalin, barulah kita boleh mula melakar strategi perkembangan kanak-kanak. Kami juga belajar bahawa setiap keluarga mempunyai kekuatan yang unik dan kita memerlukan kesabaran untuk memanfaatkan kekuatan dan melakukan usaha mengikut rentak mereka untuk memastikan perubahan berlaku. Usaha ini adalah mengenai perjalanan dengan keluarga. Yang ketiga, dan saya percaya ini adalah sesuatu yang sudah pun dilakukan oleh agensi KidSTART – sentiasa bergerak dalam menyesuaikan diri dengan perubahan perkhidmatan dan penambahbaikan program semasa untuk menentukan keberkesanannya. Belajar daripada pengalaman awal, kami memulakan skala pertama pada 2020, agak sederhana tetapi berkembang daripada lima bandar yang mempunyai pejabat khidmat sosial (SSO) kepada 13 bandar SSO, dan menyasarkan sokongan kepada lebih 5,000 kanak-kanak. Menjelang Mac tahun lalu, kami melepasi sasaran dengan 5,200 kanak-kanak, iaitu 6,200 kanak-kanak kesemuanya telah mendapat manfaat daripada program sejak peringkat perintis. Sehingga Januari 2024, kami telah menyokong lebih daripada 8,500 kanak-kanak. Ini adalah hasil usaha anda semua yang cemerlang! Perubahan landskapDalam beberapa tahun kebelakangan ini, landskap menjadi lebih mengujakan. Hasil tinjauan Gusto atau Membesar di Singapura Ke Arah Kesihatan, tentang kesihatan mental ibu, kepekaan ibu dan peringkat awal kanak-kanak menjadi lebih menonjol secara umum dan berkaitan secara langsung dengan kerja KidSTART. Pemerintah juga mula memberi isyarat mengenai rancangan untuk menyediakan lebih banyak sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah dengan anak kecil bagi memastikan mobiliti sosial. Pada November 2021, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa program KidSTART akan diperluas ke seluruh negara. Pendaftaran KidSTART tiba-tiba melepasi sasaran daripada berlandaskan bilangan kanak-kanak, kepada sasaran menyokong 80 peratus daripada kanak-kanak dalam setiap kohort kelahiran yang layak apabila mereka mencapai usia enam tahun. Ia juga jelas bahawa kanak-kanak harus disokong seawal mungkin, daripada peringkat hamil dan dalam tiga tahun pertama selepas kelahiran. Pada masa yang sama, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mengumumkan rancangan untuk ComLink menyelaraskan fungsi biasa seperti mendekati, menjalin hubungan dan menyokong kes merentasi pelbagai program sosial termasuk KidSTART. Ini untuk membolehkan ia fokus kepada usaha terbaiknya – membimbing ibu bapa dalam memupuk perkembangan awal anak-anak mereka. Perubahan landskap ini memerlukan kami memikirkan secara mendalam tentang pelarasan yang diperlukan untuk program KidSTART, untuk bekerja secara simbiotik dengan ekosistem perkhidmatan sosial yang lebih besar. Tahun lalu adalah tempoh yang sangat mencabar untuk semua agensi pelaksana yang bukan sahaja sibuk memberi sokongan kepada keluarga terlibat, tetapi juga giat membuat persiapan untuk fasa seterusnya. Kami melakar semula model perkhidmatan KidSTART dan merancang memperkemas penglibatan keluarga untuk mengurangkan masalah yang membebani mereka. Kami menyemak dan menguji kurikulum KidSTART semasa kita beralih daripada tiga komponen program kepada lawatan ke rumah menjadi mod utama campur tangan KidSTART. Kami menguji KidSTART-ComLink+model gabungan perkhidmatan pada keluarga flat sewa di Jalan Besar dan kami menguji peralihan perkhidmatan yang telah disemak semula dari hospital kepada pengamal KidSTART untuk bayi baru lahir seawal usia dua minggu. Kami juga mula mendaftarkan adik-beradik kanak-kanak KidSTART semasa, bergerak lebih dekat ke arah matlamat untuk mendapatkan seorang pengamal KidSTART menyokong perkembangan semua kanak-kanak di bawah umur enam tahun dalam setiap keluarga KidSTART. Ini merupakan satu perubahan besar. Perubahan bagi peluasan KidSTARTSangat cepat, hampir sebulan telah berlalu pada 2024. Menggabungkan semua yang kita belajar daripada projek perintis lalu, hasil percubaan dan penilaian, kita kini beralih ke fasa peluasan KidSTART di seluruh negara. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan di KidSTART Singapore Limited (KSL) dan agensi rakan kongsi yang telah bekerja keras. Kita semua tahu KidSTART adalah perkara yang betul untuk dilakukan dan saya bersyukur kerana kita juga bersetuju perlu melakukannya dengan betul. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dan rakan kongsi kami di bawah Growing Together dengan KidSTART atas sokongan berterusan anda dalam membantu memenuhi keperluan keluarga KidSTART. Sokongan padu anda telah memberikan banyak bantuan dan galakan kepada keluarga KidSTART. Aktiviti yang anda taja telah membantu kami membina komuniti Keluarga KidSTART di mana mereka boleh menjalin ikatan yang tulen dan berasa disokong. KesimpulanKidSTART bukan sekadar program, ia adalah usaha bersama kami untuk membina masyarakat Singapura yang mengharapkan permulaan kehidupan yang baik untuk kanak-kanak. Tahun lalu, terutamanya, begitu mencabar dan penuh wawasan, semasa kami mengharungi perubahan sambil memastikan sokongan yang disasarkan untuk keluarga dan integrasi perkhidmatan dalam ekosistem yang lebih besar. Ini akan berterusan dalam beberapa tahun akan datang. Tetapi jika kita berjaya dalam perkongsian dan campur tangan yang kita lakukan, kita akan mewujudkan kesan yang memberi impak positif bukan saja kepada keluarga dan anak-anak mereka, tetapi akhirnyagenerasi yang menyusul. Kami berada di titik perubahan dan ia menggembirakan untuk melihat ke mana transformasi ini akan membawa kita.” This article was originally featured in Berita Harian, published Feb 13, 2024.https://www.beritaharian.sg/rencana/model-khidmat-kidstart-akan-diperhalusi-agar-berimpak-positif More Articles SP Group Donates Additional $1.1 Million to KidSTART Singapore for PowerUP Playtime initiative ‘I felt helpless and alone’: KidSTART helps new mums struggling to care for their babies Asean nations to collaborate on cross-country survey on families in region KidSTART programme expands into Tampines and Pasir Ris