Back to Newsroom KidSTART practitioners share the importance of the role of parents in a child’s early development By KidSTART Singapore July 22, 2024 Share KidSTART practitioners share the importance of the role of parents in a child’s early development KidSTART practitioners share the importance of the role of parents in a child’s early development Peranan ibu bapa penting dalam pembangunan awal kanak-kanak Dalam podcast No Tapis, Pegawai Program KidSTART kongsi cabaran biasa yang dihadapi ibu bapa serta tekankan pentingnya peranan orang tua dalam pembangunan awal kanak-kanak “Tahniah! Anda adalah seorang ibu dan bapa sekarang!” Kata-kata ini menandakan bermulanya perjalanan baru bagi setiap pasangan yang baru menimang cahaya mata. Namun, jelas perjalanan tersebut bukan mudah. Sebagai ibu bapa baru, adalah penting bagi mereka memahami peranan ibu bapa dalam perkembangan awal kanak-kanak ketika si kecil membesar. Menurut Cik Jazimah Haron, pegawai program KidSTART, seawal umur tiga tahun, saiz otak anak itu sudah terbentuk sebanyak 85 peratus. “Perkembangan anak-anak ini laju dalam usia-usia awal ini. Dengan itu, kita ingin yang terbaik untuk mereka sebagai asas bagi perkembangan lanjut untuk tahun-tahun yang akan datang,” jelas Cik Jazimah dalam satu episod siri podcast No Tapis Berita Harian (BH). Turut mengongsi pandangan yang sama, Cik Siti Halimah Mohamed Ghazalie, yang juga merupakan pegawai program KidSTART berkata pada usia awal kanak-kanak, otak anak kecil diibaratkan sebagai span yang meresap air. “Air itu adalah interaksi yang bermakna antara ibu bapa dengan anak, ikatan yang selamat, pemakanan yang berkhasiat dan seimbang semua akan membantu anak dalam tumbesaran otak mereka,” tambahnya. Sebagai pegawai program KidSTART, Cik Jazimah dan Cik Halimah memainkan peranan penting dalam mengunjungi dari rumah ke rumah untuk mendekati ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Semasa lawatan ke rumah yang dijalankan, mereka akan kongsi maklumat mengenai pembangunan kanak-kanak dari seawal bayi hingga berumur enam tahun. Pada masa yang sama, mereka turut berkongsi panduan atau kaedah bagaimana ibu bapa boleh bermain atau berhubung dengan anak-anak mereka.Melalui pendekatan ini, Cik Jazimah berkata, mereka juga dapat mengenal pasti salah tanggapan yang ibu bapa mungkin ada tentang anak-anak mereka. Antara salah tanggapan yang sering didengari adalah anak lelaki mula berbual agak lambat berbanding anak perempuan.Menurut Cik Jazimah, ini tidak benar. Kanak-kanak ujar beliau, mempunyai pencapaian yang tertentu pada tahap usia berlainan. “Kita kata, memang ada yang mungkin lebih cepat tetapi tak akan jauh sangat perbezaannya. “Apa yang kita ingin pantau adalah mungkin dalam umur setahun, sekurang-kurangnya mereka boleh berkata satu atau dua perkataan.“Apabila anak itu sudah berumur dua tahun mungkin sudah mula cantum dua perkataan,” katanya. Selain meninjau perkembangan awal kanak-kanak yang mereka temui, Cik Jazimah dan Cik Halimah turut menekankan pentingnya menyokong kesejahteraan ibu bapa. Melalui perbualan bersama ibu bapa, Cik Halimah berkata, mereka dapat mengesan jika ibu bapa tersebut berada dalam keadaan agak tertekan ketika itu.Tambahnya, beliau juga akan memberi panduan dalam menangani keadaan tersebut. “Selalunya kita tanya mereka dulu apakah rutin mereka. Dari situ kita dapat faham sekiranya mereka ada masa untuk diri sendiri,” katanya. “Sebenarnya apabila mereka makan tepat pada waktunya, ini dianggap sebagai menjaga diri sendiri. “Perkara seperti mengambil masa untuk mandi atau mengambil masa untuk rehat ketika anak tidur juga adalah cara bagi ibu bapa untuk menjaga kesejahteraan diri mereka,” tambah Cik Halimah. “Apa yang kita ingin pantau adalah mungkin dalam umur setahun, sekurang-kurang nya mereka boleh berkata satu atau dua perkataan. Apabila anak sudah berumur dua tahun mungkin sudah mula cantum dua perkataan.” Cik Jazimah Haron, pegawai program KidSTART. “Air (yang meresap ke dalam span) itu adalah interaksi yang bermakna antara ibu bapa dengan anak, ikatan yang selamat, pemakanan yang berkhasiat dan seimbang semua akan membantu anak dalam tumbesaran otak mereka.” Cik Siti Halimah Mohamed Ghazalie, pegawai program KidSTART. This article was originally featured in Berita Harian, published Jul 22, 2024.https://www.beritaharian.sg/rencana/pekerja-platform-rasa-kerjaya-mula-diiktiraf Watch full podcast here: https://www.youtube.com/watch?v=GBPOWoYFqu0 More Articles SP Group Donates Additional $1.1 Million to KidSTART Singapore for PowerUP Playtime initiative ‘I felt helpless and alone’: KidSTART helps new mums struggling to care for their babies Asean nations to collaborate on cross-country survey on families in region KidSTART programme expands into Tampines and Pasir Ris